Ain , dengan mendengar namanya hatiku telah mula luluh macam
ada sesuatu yang menikam hatiku.. Aku telah mula mengenalnya ketika aku sedang
asyik membaca buku di tepi tasik berdekatan dengan tempat pengajianku.. sedang
asyik membaca buku, dengan tidak semena , aku ternampak sebuah novel terjatuh dihadapan aku. Tanpa membuang masa, aku pun mengambil novel tersebut dan ingin memulangkan novel itu kepada tuannya.. apabila aku menoleh , seorang wanita yang cantik berada di
hadapan ku sambil tersenyum manja dan mengucapkan terima kasih kepadaku.. aku
hanya berdiri kaku, wajahnya telah membuatkan diriku berada seperti di alam
lain.. sungguh tenang dan matanya yang bersinar seperti cahaya bulan yang indah menyinari kegelapan pada malam hari yang dingin.. aku terus
berhenti dari lamunanku apabila dia ketawa dan mengambil novelnya ditanganku .. lalu dia pergi sambil mengukir
secarik senyuman yang manis.. sungguh malu pada waktu itu.. aku tidak menyedari bahawa lamunan ku diketahui olehnya.. aku kembali teringat akan senyuman yang dia pamerkan kepadaku.. tiba-tiba perasaan hatiku ibarat telah gugur seperti daun kering
yang keguguran.. lalu aku tersenyum sendirian seperti kambing yang asyik tersenyum, semasa asyik tersenyum aku ternampak seutas gelang tangan yang berbentuk hati di tepi kaki bangku tempat aku sibuk mentelaah.. sangat cantik hiasan gelang tersebut.. dalam hatiku mengatakan bahawa gelang ini
mungkin mahal.. semasa asyik melihat gelang itu. terdapat tulisan yang bernama
AIN pada hujung gelang tersebut. lalu, aku terkesima dan teringat kembali bahawa gelang ini mungkin milik gadis
tersebut .. aku cuba mengejar wanita yang bernama Ain itu .. tetapi terlambat..
Setelah tiga hari kemudian, aku ke Cafe untuk membeli
minuman dan kalau berkesempatan aku hendak melayari internet serta melayan Facebook.. sedang berjalan untuk masuk ke Cafe .. aku merasakan ada sebuah cahaya
yang sangat menyinar seperti mutiara di hujung bahagian cafe tersebut. aku cuba menoleh , aku terus terdiam dan
hatiku berdegup laju ibarat jentera seakan-akan mahu berperang selepas mengetahui apakah cahaya itu .. rupa-rupanya
cahaya itu datang dari wajah wanita yang benama AIN.. aku terus menghampirinya
dan memulangkan gelang tangan tersebut kepadanya .. wajahnya terus bersinar dan
dia terus mengambil gelang tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadaku..
dia juga memberitahu bahawa gelang itu amat berharga baginya.. Setelah dari
peristiwa tersebut, aku dan Ain mula berkawan baik , mulai itu aku telah mula menyukainya .
Aku dan Ain mula bercinta selepas aku melamarnya untuk
menjadi kekasih aku .. Setiap hari aku merupakan hari yang amat berharga dalam hidupku .
banyak kenangan kami ketika bercinta dan kenangan itu amat indah sehingga sukar untuk aku melupakannya.. tetapi malangnya, dia telah meningal dunia
akibat barah hati setelah sebulan kami bercinta. yang paling mendukacita bagiku, dia juga meningalkan aku dengan satu nota.nota itu tertulis "Ain sayang Adam .. Adam setelah Ain pergi Adam carilah peganti
Ain.. Ain nak Adam tahu bahawa Ain selamanya akan mencintai Adam .. Adamlah
milik hati Ain yang abadi.." . ketika membaca nota tersebut .. aku terjatuh
longlai ke bumi .. kaki yang ku pijak bumi ini bagai tiada fungsi bagi aku kekuatan hendak berdiri dari terus hanyut dengan kesedihanku.. aku rasa seperti aku akan pergi , hatiku telah bersama Ain
.. aku tidak dapat terima permergiannya . aku belum bersedia dengan semua itu. tapi aku harus redha dengan Qada dan Qadak Allah..
Setelah 2 tahun kemudian, muncul seorang wanita yang telah
membuka perasaan ku .. Setelah permergian Ain , aku tidak dapat menerima
sesiapa untuk menakluk hati sanubariku yang sudah rapuh setelah ditakhluk oleh Ain .. tetapi hadir seorang
wanita yang mampu membuka pintu hatiku semula, seorang gadis yang bernama liana
berpewatakan ganas dan agak baran serta sifatnya keanak-anakan ini telah menyejukan
hatiku.. aku menerima cintanya dengan perasaan bahagia .. pada suatu hari, aku
dan liana berjanji untuk berjanji temu di sebuah restoren , semasa kami berada
di restoren tersebut, aku telah melakukan kesilapan yang mungkin akan
menyakitkan hatinya. aku telah membezakan dirinya dengan Ain .. aku tidak tahu
mengapa aku berbuat begitu .. aku tahu aku tidak patut berbuat demikian tapi kata-kata Liana membuat aku marah.. apa yang diucapkan oleh Liana masa itu tidak munasabah.. apa yang diucapnya ialah " kalau awak
masih sayang pada kekasih lama awak itu, pergilah bersama dia .. tak perlu lah
bandingkan saya dengan dia ,, apa yang bagus sangat dengan dia ?! " .. aku
terkejut mendengar ucapan dari liana .. dia tahu bahawa Ain telah kerahmatullah
tetapi masih berkata sedemikian .. aku tahu aku yang bersalah , tetapi jangan
sesekali menghina Ain.. dengan mulut lantangnya dan percakapannya itu telah membuat perasaan aku
hilang dan tiada lagi perasaan cinta terhadapnya walaupun sebesar zarah
sekalipun.. setelah dari kejadian itu, aku dan liana tidak pernah berhubung ,
masing-masing menghilangkan diri ..
Setelah kejadian itu berlalu pada tiga tahun lalu, aku telah
menutup pintu hatiku untuk mama-mana wanita .. tetapi, pintu hatiku kembali
terbuka apabila muncul seorang pelajar baru di tempat pengajian ku yang bernama
Amira .. Amira berjaya memikat hatiku yang sudah tertutup oleh insan yang bergelar wanita . setiap
hari amira memikatku dengan pelbagai cara, mula-mula aku tidak melayan dia, aku mengedahkan dirinya..Setiap hari dia memberi aku coklat dan mengikut aku kemana sahaja aku pergi.. mula-mula aku agak rimas dengan perbuatan dia tu..
tetapi, setelah lama dia memikat dan mendekatiku,, aku mula mengenalnya dan cuba untuk mencintainya ..Pada suatu hari dia memberitahuku bahawa dia menyukai ku
.. aku terima cintanya kerana kasihan dengannya kerana tela lama dia cuba memikat aku tanpa lelah dan jemu.. tetapi semakin hari perasaan
sayang muncul secebis demi secebis di hatiku .. mulai itu , aku berjanji pada diriku akan menjaganya
dan menyanyanginya seadaanya .. akan tetapi, suatu ketika, aku terlihat dia
bersama dengan seorang lelaki yang agak tampan.. aku cuba mendengar perbualan
mereka..Semasa aku cuba mendengar perbualan mereka, baru aku tahu lelaki tersebut merupakan kekasih lama amira .. lelaki
tersebut merayu kepada amira supaya memaafkan dan menerima cintanya semula..
aku disitu memerhatikan riak wajah amira yang serba salah .. di dalam hatiku
berharap agar dia tidak menerima permintaan lelaki itu.. tetapi malang nasib
diriku , hatinya telah mulai percaya akan kata-kata lelaki itu dan meninggalkan
aku tanpa sebarang kata-kata dan sebab kepadaku ..
Tiba-tiba bahuku terasa seolah ditepuk oleh seseorang.. baru aku tersedar ,, aku cuma berkhayal dan mula teringat kisah lama.. Sehingga kini , segala persoalan yang yang bermain di
fikiran rakan-rakan ku tidak terjawab.. aku hanya membisu seribu bahasa apabila
soalan itu diajukan .. tetapi setelah didesak , aku menceritakan kepada rakan
ku apa yang menyebabkan aku tidak bercinta dengan mana-mana wanita .. itulah
antara sebab aku tidak percaya lagi dengan pujuk rayu wanita dan untuk
selama-lamanya biarlah Ain yang kekal di hati buat selama-lamanya..