Search This Blog

Wednesday, 28 November 2012

cerpen ~~


          Nama aku Adam .. aku pelajar di UITM .. Di UITM semua kawan-kawan baikku mengelar aku 'ulat buku' .. kadang-kadang aku memikir , kenapa mereka mengelar aku sebegitu ? . lalu hati kecil aku menjawab "mungkin aku seorang yang begitu taksub membaca buku dan tiada masa untuk bersuka ria".. ada suatu ketika.. rakan baikku bertanya akan diriku .. "mengapa kau tidak pernah bercinta dengan mana- mana wanita ?" kata rakanku .. pertanyaan itu telah menyelubungi diriku.. dengan tidak secara langsung, aku mengimbas kembali kenangan pahitku di era buat kali pertama aku mulai mencintai wanita.

       Ain , dengan mendengar namanya hatiku telah mula luluh macam ada sesuatu yang menikam hatiku.. Aku telah mula mengenalnya ketika aku sedang asyik membaca buku di tepi tasik berdekatan dengan tempat pengajianku.. sedang asyik membaca buku, dengan tidak semena , aku ternampak sebuah novel terjatuh dihadapan aku. Tanpa membuang masa, aku pun mengambil novel tersebut dan ingin memulangkan novel itu kepada tuannya.. apabila aku menoleh , seorang wanita yang cantik berada di hadapan ku sambil tersenyum manja dan mengucapkan terima kasih kepadaku.. aku hanya berdiri kaku, wajahnya telah membuatkan diriku berada seperti di alam lain.. sungguh tenang dan matanya yang bersinar seperti cahaya bulan yang indah menyinari kegelapan pada malam hari yang dingin.. aku terus berhenti dari lamunanku apabila dia ketawa dan mengambil novelnya ditanganku .. lalu dia pergi sambil mengukir secarik senyuman yang manis.. sungguh malu pada waktu itu.. aku tidak menyedari bahawa lamunan ku diketahui olehnya.. aku kembali teringat akan senyuman yang dia pamerkan kepadaku.. tiba-tiba perasaan hatiku ibarat telah gugur seperti daun kering yang keguguran.. lalu aku tersenyum sendirian seperti kambing yang asyik tersenyum, semasa asyik tersenyum aku ternampak seutas gelang tangan yang berbentuk hati di tepi kaki bangku tempat aku sibuk mentelaah.. sangat cantik hiasan gelang tersebut.. dalam hatiku mengatakan bahawa gelang ini mungkin mahal.. semasa asyik melihat gelang itu. terdapat tulisan yang bernama AIN pada hujung gelang tersebut. lalu, aku terkesima dan teringat kembali bahawa gelang ini mungkin milik gadis tersebut .. aku cuba mengejar wanita yang bernama Ain itu .. tetapi terlambat..

      Setelah tiga hari kemudian, aku ke Cafe untuk membeli minuman dan kalau berkesempatan aku hendak melayari internet serta melayan Facebook.. sedang berjalan untuk masuk ke Cafe .. aku merasakan ada sebuah cahaya yang sangat menyinar seperti mutiara di hujung bahagian cafe tersebut. aku cuba menoleh , aku terus terdiam dan hatiku berdegup laju ibarat jentera seakan-akan mahu berperang selepas mengetahui apakah cahaya itu .. rupa-rupanya cahaya itu datang dari wajah wanita yang benama AIN.. aku terus menghampirinya dan memulangkan gelang tangan tersebut kepadanya .. wajahnya terus bersinar dan dia terus mengambil gelang tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadaku.. dia juga memberitahu bahawa gelang itu amat berharga baginya.. Setelah dari peristiwa tersebut, aku dan Ain mula berkawan baik , mulai itu aku telah mula menyukainya .

   Aku dan Ain mula bercinta selepas aku melamarnya untuk menjadi kekasih aku .. Setiap hari aku merupakan hari yang amat berharga dalam hidupku . banyak kenangan kami ketika bercinta dan kenangan itu amat indah sehingga sukar untuk aku melupakannya.. tetapi malangnya, dia telah meningal dunia akibat barah hati setelah sebulan kami bercinta. yang paling mendukacita bagiku, dia juga meningalkan aku dengan satu nota.nota itu tertulis "Ain sayang Adam .. Adam setelah Ain pergi Adam carilah peganti Ain.. Ain nak Adam tahu bahawa Ain selamanya akan mencintai Adam .. Adamlah milik hati Ain yang abadi.." . ketika membaca nota tersebut .. aku terjatuh longlai ke bumi .. kaki yang ku pijak bumi ini bagai tiada fungsi bagi aku kekuatan hendak berdiri dari terus hanyut dengan kesedihanku.. aku rasa seperti aku akan pergi , hatiku telah bersama Ain .. aku tidak dapat terima permergiannya . aku belum bersedia dengan semua itu. tapi aku harus redha dengan Qada dan Qadak Allah..

      Setelah 2 tahun kemudian, muncul seorang wanita yang telah membuka perasaan ku .. Setelah permergian Ain , aku tidak dapat menerima sesiapa untuk menakluk hati sanubariku yang sudah rapuh setelah ditakhluk oleh Ain .. tetapi hadir seorang wanita yang mampu membuka pintu hatiku semula, seorang gadis yang bernama liana berpewatakan ganas dan agak baran serta sifatnya keanak-anakan ini telah menyejukan hatiku.. aku menerima cintanya dengan perasaan bahagia .. pada suatu hari, aku dan liana berjanji untuk berjanji temu di sebuah restoren , semasa kami berada di restoren tersebut, aku telah melakukan kesilapan yang mungkin akan menyakitkan hatinya. aku telah membezakan dirinya dengan Ain .. aku tidak tahu mengapa aku berbuat begitu .. aku tahu aku tidak patut berbuat demikian tapi kata-kata Liana membuat aku marah.. apa yang diucapkan oleh Liana masa itu tidak munasabah.. apa yang diucapnya ialah  " kalau awak masih sayang pada kekasih lama awak itu, pergilah bersama dia .. tak perlu lah bandingkan saya dengan dia ,, apa yang bagus sangat dengan dia ?! " .. aku terkejut mendengar ucapan dari liana .. dia tahu bahawa Ain telah kerahmatullah tetapi masih berkata sedemikian .. aku tahu aku yang bersalah , tetapi jangan sesekali menghina Ain.. dengan mulut lantangnya  dan percakapannya itu telah membuat perasaan aku hilang dan tiada lagi perasaan cinta terhadapnya walaupun sebesar zarah sekalipun.. setelah dari kejadian itu, aku dan liana tidak pernah berhubung , masing-masing menghilangkan diri ..

    Setelah kejadian itu berlalu pada tiga tahun lalu, aku telah menutup pintu hatiku untuk mama-mana wanita .. tetapi, pintu hatiku kembali terbuka apabila muncul seorang pelajar baru di tempat pengajian ku yang bernama Amira .. Amira berjaya memikat hatiku yang sudah tertutup oleh insan yang bergelar wanita . setiap hari amira memikatku dengan pelbagai cara, mula-mula aku tidak melayan dia, aku mengedahkan dirinya..Setiap hari dia memberi aku coklat dan mengikut aku kemana sahaja aku pergi.. mula-mula aku agak rimas dengan perbuatan dia tu.. tetapi, setelah lama dia memikat dan mendekatiku,, aku mula mengenalnya dan cuba untuk mencintainya ..Pada suatu hari dia memberitahuku bahawa dia menyukai ku .. aku terima cintanya kerana kasihan dengannya kerana tela lama dia cuba memikat aku tanpa lelah dan jemu.. tetapi semakin hari perasaan sayang muncul secebis demi secebis di hatiku .. mulai itu , aku berjanji pada diriku akan menjaganya dan menyanyanginya seadaanya .. akan tetapi, suatu ketika, aku terlihat dia bersama dengan seorang lelaki yang agak tampan.. aku cuba mendengar perbualan mereka..Semasa aku cuba mendengar perbualan mereka, baru aku tahu lelaki tersebut merupakan kekasih lama amira .. lelaki tersebut merayu kepada amira supaya memaafkan dan menerima cintanya semula.. aku disitu memerhatikan riak wajah amira yang serba salah .. di dalam hatiku berharap agar dia tidak menerima permintaan lelaki itu.. tetapi malang nasib diriku , hatinya telah mulai percaya akan kata-kata lelaki itu dan meninggalkan aku tanpa sebarang kata-kata dan sebab kepadaku ..

      Tiba-tiba bahuku terasa seolah ditepuk oleh seseorang.. baru aku tersedar ,, aku cuma berkhayal dan mula teringat kisah lama.. Sehingga kini , segala persoalan yang yang bermain di fikiran rakan-rakan ku tidak terjawab.. aku hanya membisu seribu bahasa apabila soalan itu diajukan .. tetapi setelah didesak , aku menceritakan kepada rakan ku apa yang menyebabkan aku tidak bercinta dengan mana-mana wanita .. itulah antara sebab aku tidak percaya lagi dengan pujuk rayu wanita dan untuk selama-lamanya biarlah Ain yang kekal di hati buat selama-lamanya..

4 comments: